18 apr 2010






aku bangun hari nie kul 1130 agaknya..bangun2 aku tengok semua dah sibuk memasak untuk lunch..aku tolong tengok je hari nie..semua hal untuk hari nie berlaku secara normal, cma petang tadi aku along and ayah gi makan roti canai, than sebelah malamnya aku ngan ayah gi kuar lagi utk makan sup ayam..last2 x de plak, so aku makan roti jala je.

dua orang kawan ayah datang , menjadikan 3 duda dan satu bujang duduk semeja.diorang cakap jawa..sepatah haram aku x mengerti. yang aku paham bile diorang bercakap tentang jodoh kedua..hahaha aku yg x bertemu jodoh nie lagi menganga je la.ade sebenarnya ...jodoh dengan anak lelaki orang pd..hehehe.

mate aku duk usha2 orang sekeliling sambil tangan memegang rokok malboro hitam yg besh..x de seorang pong boleh dijadikan pencuci mate.hahaha. baik aku balik. kami berempat bersilang2 tangan untuk membelanje satu meja, last2 ayah aku yg menang..huhu...than cari ubi kayu and masak utk dimakan pada waktu malam nnanti.

hari ni gak aku mengemas bilik, dan kembali menjumpai barang2 lama yg meninggalkan kenangan yang belainan. diari aku paling aku terkejut.bila menyelusuri helaian demi helaian, aku merasakan betapa aku mengorak langkah demi menjalani hidup ini. beitu berbeza diri aku sewaktu dulu berbanding sekarang.seakan2 metamorfosis.

sambil itu aku mengelap cermin meja solek, melihat segenap anotomi aku sendiri. dengan cume memakai boxer bf aku yg berwarna putih. huhu berat badan susut rasanya.kebuncitan perut gak berkurangan. cuma aku masih kurang puas dengan bahagian dada aku yg belum cukup tegap..hurmmm bile la nak bersenam buat cheast workout..hahaha...

rindu giller kat my sayang..mesti happy die bersama keluarga, sentiasa ceria bila menelefon atau menjawap telefon..kepada my sayang..love u so much!
Read more

prolog

Sebagai pendahuluan aku ceritakan seba sedikit tentang diri aku kepada kamu semua. Name aku munir dan neal adalah satu perkataan yang aku gemari..maknenye kejayaaan. Aku lahir kat bp johor dan sekarang berkerja sebagai navigator dalam industry perkapalan Malaysia. Lahirnya blog ini sekadar untuk mengisi masa lapang dan berkongsi gerita dan pengalaman dengan kamu semua.terbuka pada semua untuk membaca dan menilainya. Dan ada diantara nukilan2 yg dilampirkan diambil dari blog2 lain untuk faedah bersama terutamanya bagi golongan2 seperti aku sendiri. Sudah malas bersandiwara..aku jelaskan yang aku bukan seorang yg straight dalam perhubungan. Harapannya agar blog ini menjadi satu tempat untuk kita semua berbincang dan mendalami dengan lebih luas tentang reality kehidupan yg mencabar. Untuk semua aku persembahkan MuNir Neal.
Read more
 

testing blog Design by Insight © 2009